Friday, May 20, 2011

cerita tentang abah =)

lately . aku ayik fikir salah aku dekat abah je . mungkin kesedaran dah sampai . hehe . hari ni aku nak cerita pasal abah . yes pasal abah . hehe . sesiapa yang nak jadi hubby aku tu , sila menuntut ilmu dengan abah dulu
kay ? sebab abah boyfriend aku yang pertama .  cara cara menangani rajuk aku dan cara mengambil hati abah . haha . aku selalu perhati abang abang ipar aku . alah trick korang dalam tangan je bro . ahaks !

abah ni baik orangya tau . aku puji bukan sebab aku anak abah aku cakap dia baik . but , the way he treats people around . dia jenis orang yang senang tolong orang . he cant say no . (macam izzat) =p even dia pun susah . dia akan tolong orang lain . contoh , kalau orang tu nak pinjam duit , dia pun bukan senang sangat kan. dia still akan usaha tolong orang tu . walaupun dia kena pinjam dekat orang lain jugak. ada satu kes tu , abah ada sorang anak angkat . alah bukan official pun . tumpang kasih sayang je pun . nama dia biarlah rahsia . dia nak kahwin . tapi dia takde duit . sebab dia pun kerja driver bas je . abahlah yang tolong , buat kenduri doa selamat dekat rumah kiteorang . end up . dia lupa diri , lupa abah . yelah . bini kau kaya kan ? tapi bila orang tu susah , dan cari abah balik . abah tetap tolong . abah takdendam . kalau aku . kaw kaw aku maki weh . haha . pastu baru aku tolong . hikhik

satu lagi , bab duit . abah memang takberkira dengan ma dan adik beradik aku . abah sanggup je kerja part time . jadi waiter . rilek je . abah cari rezeki untuk tengok kiteorang senang . hem . aku takfikir pun semua nie dulu . apa yang aku tahu . apa yang aku nak semua aku dapat . hehe . budak budak lah weh . sue me . kalau korang tak macam tu zaman kecik dulu kay ? dengan abah ni aku boleh mewah mewah sikit . masa kecik dulu aku ni ada tabiat sikit . suka ratah toothpaste colgate yang budak budak punya tu . perisa gummie . haha . so , tiap tiap bulan kalau nak pergi belanja dapur kat hiong kong (sekarang the store) aku akan ikut untuk beli toothpaste tu . abah kalau tengok ada je benda tu masa nak bayar buat muka rilek je . ma jeling maut dah . hehe . yelah benda takpenting kot . kan ?

ada satu lagi trend tu , zaman budak budak hingusan , kalau siapa ada skuter yang tolak pakai kaki tu , yang lain mesti nak jugak . ni pengaruh fatin ar ni . haha . anak cik dah . musuh ketat aku tu . semua permainan yang dia ada . mesti nak tunjuk dekat aku . aku pun bodoh pandai terikut je . haha . budak budak weh . sue me again kalau korang tak macam tu . ada satu mainan tu , congkak . yang syarikat permainan malaysia (spm) keluarkan tu . warna warni pastu dia punya guli tu biji macam coklat smarties . ni pun fatin bawak budaya . aku pun merengek nak jugak . mintak dekat ma . memang dapat lah . dapat maki . haha . ma mana bagi benda benda tak berfaedah ni . kalau mintak buku dia bagilah . aku mintak dekat abah . jarum aku lut dekat abah je . haha . abah ajak pergi jj dekat setapak tu . time tu , tu je kot tempat yang ada pun . abah pun belilah . dah kalau beli main dekat dalam rumah je , siapa nak main dengan aku ? last last abah yang main congkak tu dengan aku . hehe . kau ada ? abah yang layan aku . siap ajar lagi .

pastu lagi satu trend , budak budak pakai henset . haha . aku time ni tak up sangat . takmintak sangatlah . sebab abe yeh pun takde henset lagi . tapi bila yana kawan baik aku pakai henset . aku pun nak . kebetulan pulak ada satu henset takguna . henset abe pih . motorola yang gabak . jenis baling kat haiwan pun boleh mati . haha . aku suruh abah baiki . abah baiki pastu abah beli starting sim pack sekali . haha . celcom explore taksilap . bangga je time tu pakai henset . alah bukan mesej siapa pun yana je . haha . pastu dah up sikit . pandai mesej dengan sorang boy . haha . dia pakai maxis , aku pakai celcom . first time aku topap rm30 . time dulu dulu mana ada rm10 ke rm5 ke . yang ada paling sikit rm30 . kopak aku . tapi dia punya bangga pakai henset macam pakai iphone tu . kalau boleh nak bagi tahu semua orang . hehe . tapi bila naik form 2 aku panjang akal sikit . bodek abah suruh beli henset baru . sempena birthday aku . hihi . ma memang takbagilah . dia pun takpakai henset . tapi abah dengan aku mana boleh kata tak . dia beli jugak nokia siri ape pulak aku lupa . hehe . tapi henset tu dah barai masa aku  form4 . tinggal kenangan . sebab aku jugak . pergi patah satu satu benda alah tu . sebabnya ? abah .

masa form 4 dulu pemikiran singkat jugak . aku ada match bola tampar . tapi aku takde kasut . alah ada je , snickers masa form 3 beli tu . tapi gedik kan . nak yang baru jugak . merengek gila gila . abah cakap . nantilah beli . tunggu gaji keluar esok . aku taknak dengar . aku sepahkan bilik aku . huhu . memberontak lah kononnya . sampai pen aku pun aku patahkan terpercik dakwat dekat dinding . sampai sekarang aku tak cat balik . haha . pastu aku tendang tendang pintu . bila fikir balik bongok gila . esoknya , abah beli jugak . betul betul masa gaji dia keluar . balik , taksempat bukak tukar baju . dia ajak pergi pekan semenyih nak beli kasut . ma geleng je . end up . aku takpakai pun kasut tu . almari yang pakai . aku punya perangai buruk iyelah . selagi takdapat aku akan mengamuk . abah je faham . sebab tu aku cakap , sesiapa yang nak jadi hubby aku , sila menuntut ilmu dengan abah . hikhik . sama jugak kes masa mula mula nak buat spek dulu . ma takbagi . sebab ma cakap tu sekejap je . abah tengok aku dah nangis nangis . dia pergi buat jugak . =( kesian abah . haish . maznur maznur .

ada lagi cerita . masa tu abah nak pergi jog dekat menara tinjau . aku nak ikut . abah bawaklah . huhu . dating berdua je dengan abah weh . kau ada ? sebab tu aku cakap aku ni more tu anak abah masa kecik dulu . dah besar baru anak ma . hehe . aku dulu suka lepak lepak dengan abah sebelum tidur dekat bilik dia . kadang kadang sebab tunggu ma siap buat kerja dekat dapur . aku duduk dengan abah dulu . abah ni jenis dia . dia suka anak anak dekat dengan dia . hem . tapi dah besar ni . aku kurang dengan abah . semua mintak dekat ma . duit pun .padahal yang punya duit abah .

tapi sekarang , abah dah sakit . semua dia takmampu buat . takpe ain ada . walaupun sekarang abe yeh depan mata , abah takpandang ain . takpe . rilek sudah .

for abah : thanks to all memories . hehe . ain sayang abah . ain mintak maaf tau selalu buat abah marah . banyak lagi nak kongsi . tapi biarlah dalam hati je .






p/s : kalau boleh nak cari hubby macam abah . tapi , abang , you have it . hehe . love you .

No comments:

Post a Comment