Friday, January 21, 2011

taken from ;= somewhere...

"wahai hati yang sedang merindui, apabila kita mencintai 
seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,
apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.
apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia
untuk dilupakan meski amat terseksa tapi itulah hakikat hidup,
pengajaran yang perlu dirasai apabila kasih tak berbalas.
ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam 
hanya melukakan hati,,namun ada ketikanya kita perlu mengingati
biarpun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna pernah menghiasi 
pengalaman hidup yang pernah kita lalui.
ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang di depan mata,
ada waktunya kita terpaksa lepaskan apa yang kita tak mungkin miliki, kerana hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka.
kadang kala apa yang kita ingin takkan sama dengan yang kita harapkan,
adakalanya apa yang kita harapkan takkan sama dengan apa yang kita impikan, kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai. sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.
KASIH SAYANG bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki,
tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna sesebuah kekuatan.

No comments:

Post a Comment